Friday, April 15, 2011

Alter pinggang 42inci kepada 37inci dan cawat

Ni seluar dari regular customer aku. Dia ni perempuan, dia nak alter seluar abang dia kot untuk dijadikan size dia dan nampak lebih feminin.

sebelum dialter

ketinggian pinggang diantara tulang sebelum dialter

Jarak pinggang dengan poket depan sebelum dialter

Lihat perbezaan selepas di jahit

Coin poket rapat dengan pad pinggang

Trademark aku, chainstitch flyzip

size baru 37inci

Kat Lipis ni kalau alter pinggang dengan cawat, majoriti customer aku perempuan. Mereka memang ada masalah ni bila beli seluar. Tapi itu semua boleh settle punya. Aku pun suggest kat diorang kalau beli seluar, pastikan peha dengan punggung mesti kena lepas. Pinggang besar takpe sebab aku boleh kecilkan.

UBAHSUAI DARI SIZE 46inci KEPADA 36inci

Ni salah satu kerja yang agak mencabar aku dapat dari seorang customer aku dari sungai besi, KL.
Aku pun tak pernah jumpa customer ni sebab dia kirim 3 helai seluar dia untuk dikecilkan kepada pakcik
dia yang sekampung dengan aku. Yang aku respeknya mamat ni, sebelum ni seluar dia semua size 46 inci .
Lepas dia balik dari PLKN, semua seluar dia dah tak boleh pakai sebab pinggang dia sekarang dah jadi 36 inci. Banyak kilo yang hilang ni.
pelapik pinggang dipisahkan

bahagian belakang

leraikan apa yang patut

proses menanda mengikut ukuran yg dikehendaki

proses menyambung kembali

size baru 36inci

fly zip jahit rantai

pandangan belakang

pandangan dalam selepas dikecilkan keseluruhan.

Seluar ni aku jahit setahun yang lalu. Tapi sampai sekarang aku tak jumpa lagi tuan punya seluar ni. Rasanya pakcik dia dah bagi kat dia dah. Bukan apa, penat-penat aku jahit ni, teringin la nak tengok dia pakai sebab masa menjahit seluar ni, aku betul-betul serahkan jiwa pada setiap inci jahitan. Aku nak dia puas pakai macam mana aku puas menjahit seluar ni.