Assalamualaikum dan salam sejahtera. Baru nak test buat blog ni. Cadangnya nak cerita sikit-sikit pasal kerja-kerja jahitan jeans yang telah aku buat semenjak ogos 2009.
Sebelum tu nak cerita sikit tentang kenapa aku menjadi tukang jahit dan kenapa aku memilih untuk menjahit jeans terutamanya. (seluar slack, baju melayu, baju kurung dan lain-lain aku boleh jahit juga.).
Ceritanya bermula apabila aku dipilih oleh ibuku untuk menjaga dia yang sedang sakit di kampung Sungai Koyan, Kuala Lipis Pahang. Sebelum itu aku sudah 14 tahun menetap dan bekerja di Shah Alam. Tidak pernah terfikir pun aku akan kembali tinggal di kampung kerana aku sudah terbiasa dengan kehidupan orang bandar dan telah pun membeli sebuah rumah di Shah Alam.Tetapi apabila ibu menyebut nama aku ketika ditanya di katil hospital Selayang, aku terkejut kerana aku anak yang paling nakal dalam 9 orang adik beradik.
Balik rumah, aku pun tanya isteri sama ada dia sanggup tak ikut aku tinggal di kampung. Isteri aku tak kisah dan dia akan ikut saja (memang aku agak dah). Aku siap bagi tahu dia bahawa hidup kita akan sengsara seketika kalau balik kampung ni. Dia cakap inilah masanya untuk aku membuat jasa pada ibu setelah selama ini aku mungkin banyak menyakiti hati ibu. Dengan nekad aku dan isteri terus hantar surat resign.
Aku jual 2 buah volvo 244 dan 245, motor kesayangan suzuki GSX1100E dan 2 biji helmet BELL Magnum LTD size 60 lalu, pada 26 ogos 2008 aku pun balik ke kampung. Kerja takde. Anak isteri kena sara juga. Duit simpanan pun mulai susut. Jadi aku belajar bertani. Tanah 1/2 ekar tepi rumah aku tu, aku kerjakan.
Aku buat cili, bendi dan kacang panjang. Kerja punya kerja, punya kerja, punya kerja,... tak menjadi juga
tanaman aku. Tanam tanaman yang simple simple pun tak jadi juga. Orang-orang tua ada kata, tangan aku ni PANAS. Tak serasi tanam apa pokok pun. Aku tak puas hati, ye la... modal dah beribu keluar tapi hasilnya dukacita.
Untuk memuaskan hati aku sama ada tangan aku ni panas atau tidak, aku pun korek 20 lubang untuk menanam benih pinang. Aku tanam selang seli di antara isteri dan anak aku. Sebulan kemudian aku tengok balik, benih pinang yang isteri dan anak aku tanam hidup subur. Yang aku tanam langsung tak tumbuh. Jadi keputusannya kompom tangan aku panas.
Masa tu dah bulan disember, aku buntu nak buat kerja apa. Satu hari aku terpandang iklan intake januari Giat Mara untuk kursus jahitan dan fesyen. Aku tak pernah menjahit, tapi suka tengok orang menjahit. Aku bagitau isteri nak mohon kelas jahitan ni selama 6 bulan. Di panggil interview dan aku diterima. Jadi 3 hari sebelum masuk kelas, aku pergi beli mesin jahit SINGER 591 2nd hand di Puchong.
Pada 12 januari 2009 aku masuk kelas. Kelas aku ada 21 orang dan aku satu-satunya lelaki. Majoriti umurnya 18-19 tahun dan aku 33 tahun. Korang bayangkan la setiap pagi berkawad dan nyanyi lagu NEGARAKU kuat-kuat. Dah 16 tahun aku tinggalkan mende2 tu semua. Tapi aku layan je malah aku rasa lebih budak-budak daripada budak lain di Giat Mara tu.
Aku mula pasang cita-cita untuk buka kedai repair jeans. Di kelas aku belajar buat baju kurung, balik rumah aku cuba menjahit jeans pulak. Pada penghujung Februari aku beli pula mesin jahit tepi PEGASUS 2nd hand di Kuala Lumpur. Lebih 30 helai seluar jeans lama aku kerjakan sebelum aku mendapat tempahan yg pertama pada pertengahan Mac 2009. Masa tu aku terasa touching sangat sebab usaha aku untuk menyara anak isteri mula membuahkan hasil.
Isteri akulah insan yang banyak menjaga mak aku walaupun dia sedang sarat mengandung. Dialah yang menjaga mak aku walaupun terpaksa tidur berbantal lengan berminggu-minggu di tepi katil hospital Kuala Lipis. Hanya dia saja yang ada disisi ketika ibuku menghembuskan nafas terakhir pada 29 April 2009. ALFATIHAH. Terima kasih isteriku.
Selepas tempahan yang pertama itu, semakin ramai orang sekitar kampung mula menghantar jeans untuk di-repair. Pada awal jun 2009 aku mula mencari kedai untuk disewa di sekitar Raub dan Kuala Lipis. Aku tamat kelas pada 3 Julai 2009. Isteri aku pulak masuk hospital pada 4 Julai 2009. Dia bersalin anak kedua pada 9 Julai 2009. Aku pulak dipanggil interview kedai MARA Kuala Lipis pada 13 Julai 2009. Keputusan berjaya dapat kedai pada 21 Julai 2009. Lalu aku nekad dgn duit simpanan yang tinggal rm5k, aku set-up kedai dan mula beroperasi pada 3 Ogos 2009. Huuuu.... hidup aku memang struggle masa tu.
Dan mulai saat itulah cerita tentang Jeans Alteration aku pun bermula.......
salam bro...sy ni student..minat sgt ngan jeans..pastu xdpt loan plak (yela xpandai kn) ngat nk wat part time alter sluar ni..boleh idop ke kalo wat part time?mane nk blaja ek?
ReplyDeleterasenye belaja jahit jeans yg betul2 proper, takde kot kat mesia ni. Gua pun belajar sendiri je. Yg penting ko tau guna mesin jaet industri. Pastu ada rasa yg ckup kental... mesti bleh punyer
ReplyDeletepergh..salut la bang Emam
ReplyDeleteTQ Bro....;)
ReplyDeletesalam...terharu dengan cerita tuan...isteri tuan cukup tabah...dan Allah telah mengubah halatuju tuan...tahniah...sy juga antara yang belajar menjahit atas tuntutan hidup...alhamdulillah...dapat laa sedikit ilmu dan penglaman...semoga tuan sukses selalu....salam
ReplyDeleteAlhamdulillah...
DeleteIsteri sy mmg 1 anugerah, dan dia adalah keputusan paling tepat pernah saya buat. Terima kasih atas penghargaan puan. Bagi saya, ape saje yg kita lakukan dgn membuat satu penyerahan, sama ada sebelum ini ia suka atau tidak, In Shaa Allah usaha itu akan berbaloi dan berhasil
Terharu sangat...
ReplyDeleteSalam tuan saya menetes airmata ketika membaca kisah tuan walaupun saya berjiwa kental rock..
ReplyDeleteTakpe tuan allah akan memberi pembalasan atas usaha tuan dan ketabahan puan menghadapi dunia...
salam.tuan tanah ade buat kelas menjahit ke ? sy berminat sangat nk buat seluar sendiri.. nt bleh contact 0166026977..nt sy roger
ReplyDelete