Kastemer aku ni ada masalah sikit dengan HR tempat kerja dia sebab selalu oder baju salah jantina katanya. Tapi aku rasa bukan HR dia salah oder, cuma saiz badan dia takde spec kat kilang buat baju. Jadi HR oder baju saiz lelaki khas untuk dia wanita perkasa. Dia datang ke kedai aku mengah-mengah sambil menyalahkan aku sewa kedai kat tingkat dua. Pastu dia salahkan tangga nak naik banyak sangat. Jadi, aku perlu waspada dengan kastemer model yang macam ni. Sambil tarik nafas dalam-dalam dan mata pejam-pejam, dia pun luahkanlah rasa berbulu dia sebab dapat baju besar paten lelaki.
Sebagai tukang jahit berprofil tinggi aku mengia dan menyokong kata-katanya. Hati kastemer mesti dijaga. Nampaknya sokongan aku tadi membuat dia lebih bersemangat dan mula mencarut yang bukan-bukan. Perkataan2 luar dugaan mula menerjah ruang lingkup kedai aku. Mula2 aku nak juga mencarut macam dia, tapi nasib baik aku dah baca Bismillah.
Aku katakan padanya,"kak, masalah akak ni.... masalah saya juga. Saya rela berkongsi agar akak bahagia kemudian hari. Saya akan jahit baju akak ini dengan menambah tulang tambahan agar bisa menyokong setiap lontaran vokal yang bakal akak gunakan untuk memaki nanti. Tidak lupa juga saya akan jadikan baju ini sebagai pemangkin jodoh akak yang sudah lama menyepi."
Lalu dia pun menjawab,"ehhh.... mana tau ni.....
Sambil aku mengerjakan bajunya, dia dengan rancak menceritakan detik2 indah ketika bercinta doploh tahun dulu. Pakwenya seorang kelasi bernama abang Din. Pakwenya pergi berlayar tak balik2 sehingga hari ini. Penantian itulah yang menyebabkan dia masih single di usia menapous. Namun yang anehnya, muka jiran sebelah rumahnya saling tak tumpah dengan pakwenya doploh tahun dulu. Bila dia tanya nama jirannya yang sudah ber anak lapan itu,"awak ni abang Din ye? Jirannya menjawab,"eh, taklah.... nama saya Ritaudin. Kadang2 kawan panggil Rita jeee..
Lalu akak tu pun pasrah sebab tak pernah tanya nama penuh pakwenya dulu.
Dalam nada yang mula sebak, aku bagitahu pada akak tu bahawa bajunya dah siap. Akak tu tersenyum, namun wajahnya tiba2 bertukar cemas. Aku tanya kenapa. Dia jawab,"akak takut nanti dengan baju ni, abang Din nak repeat balik!!
Saturday, August 13, 2011
Saturday, August 6, 2011
Membesarkan Cawat Yang Tersepit Apabila Melangkah Pulang Dengan Mary
Ni ada sorang customer aku yang acapkali menghadapi masalah cawat seluar yang tidak selesa bak kata pepatah lama, "laksana burung terbang tak jadi" cuba meluahkan masalahnya pada aku yang pada waktu itu baru saja selesai buat lompat bintang. Dengan buat-buat pilu aku mendengar luahan hati beliau yang kelihatan penuh emosi hingga matanya berkaca, namun masih mampu mengenggam harapan.
Jeans Levis 501 saiz 42 itu dihulurkan padaku sambil aku menutup mulut untuk menghalang dari gelora gelakku berderai. Aku tak nak dia terluka, bak kata pepatah "biarlah aku menjadi lilin".
Jeans Levis 501 saiz 42 itu dihulurkan padaku sambil aku menutup mulut untuk menghalang dari gelora gelakku berderai. Aku tak nak dia terluka, bak kata pepatah "biarlah aku menjadi lilin".
Aku pun menenangkannya seraya berkata'"Bro, akulah tempat kau berkongsi masalah ini. Aku memahami lara yang melanda jiwamu bro. Semoga pembesaran ini mampu membuatkan engkau mendapat zuriat setelah sekian lama kau menghalang produksi." Lalu dia tersenyum sipu menandakan aku telah berjaya membuatkan hatinya berbunga kembali.
Kebetulan pada waktu itu ada sorang awek lalu didepan kedaiku, lalu bro itu menyapa penuh yakin. Yang buat aku teruja, awek itu membalasnya dengan memberi respon penuh harapan. Masing-masing bertentang mata beberapa ketika. Mereka seakan-akan telah menemui chemistry yang didambakan selama ini. Aku agak hairan, kenapa ia berlaku begitu pantas. Setelah ku renung awek tu atas bawah, baru ku faham bahawa mereka berkongsi saiz pinggang yang sama.
Aku pun mendapatkan jeans lain yang memiliki kaler senyaris-nyaris mungkin dengan 501 bro tadi. Lalu ku gunting mengikut acuan yang sesuai dengan saiz bro itu. Sambil aku mengerjakan seluarnya, bro itu rancak berbual dengan awek tadi. Topik mereka tentang produk JM5 yang sedang hangat di dada-dada akhbar. Nampaknya mereka berdua peminat setia 2 Alam.
Setelah berhempas-pulas mengerjakan seluar itu sambil mendengar perbualan mereka yang agak meremang bulu roma, akhirnya siap jua. Aku menarik nafas lega
Dan inilah hasilnya.
Aku pun menegur bro itu untuk memberitahu bahawa seluarnya dah siap. Namun....
Dia tak menjawab malah tak berpaling pun kepadaku. Membuatku sedikit terkesima. Malah bro itu terus rancak berbual dengan awek itu sambil berkata, "err.... nanti you nak anak berapa orang?"
Caj Buat Alteration Kat U.K Bleh Buat Gua Beli Rumah Namblasjuta
Artikel ni aku amik kat salah satu web jeans repair kat U.K. Fuuuu... caj servis dia kalau kat Malaysia bleh beli rumah namblas juta. Kalau kawan2 korang kat U.K nak pakai tukang jahit, halo2 gua ek!!
Shorten jean legs plain denim stitch £9.95.(=RM48.74)
(caj gua RM5-RM10)
Shorten jean legs with original finish to denim(vintage/retro finish) £14.95.(=RM73.23)
(caj gua RM15-RM25)
Taper leg width, thighs or from knee down £14.95.(=RM73.23) (same price to make skinny cut)
(caj gua RM15-RM30)
Take in denim waist double seam replace stitching back near original as poss £18.95.=RM92.82
(caj gua RM20-RM30)
Restore denim jeans, from £6.95 (=RM34.04)=for small repair work. upto £19.95 (=RM97.72)for larger areas.
(caj gua RM5-RM80)
Repair crutch area using denim jean or cotton of your choice (lots of different denim colours to choose) from £9.95 (=RM48.74)one side, £16.95 both sides. Maxium charge for a large repair to crutch area is £19.95.
(=RM97.72)
(caj gua RM5-RM80)
Discrete denim fuse work from £6.95. (=RM34.04)
(caj gua RM5-RM20)
New zips in jeans £14.95 (=RM73.23)
(caj gua RM12-RM15)
Repair zips in jeans from £4.95.(=RM24.25)
(caj gua RM5-RM10)
New metal button stud for jeans £4.95.(=RM24.25)
(caj gua RM3-RM6)
Repair pockets from £6.95 (=RM34.04)
(caj gua RM5-RM30)
Re piece whole legs, from £29.95 (=RM146.70)
(caj gua RM15-RM30)
I stock, lots of different coloured denim, along with a small selection of Japanese denim and indigo dye denim, so will be able to make your repair work as near or as different as you want.
I also stock cotton shirting from the local Manchester shirts makers, this is normally used for small patch areas, such as knees,lower legs, etc.... if the cotton is used, its best to be in a low friction areas,wouldnt really recommend this for crutch repair work. I have some wonderful funky colours, in solid, stripy, spotted, paisley designs. http://www.thedenimdoctor.co.uk/7.html
*korang bleh compare la workmanship diorang
Alteration, Repair & Restoration Denim Jeans Work Price List

Thursday, August 4, 2011
Union Special 43200g for sale (sold)
Aku ada sebijik mesin "legend' untuk dijual untuk yang serius aje la. Kalau korang tau pasal mesin ni mesti korang nak punya coz mesin ni super rare kat muka bumi. Mesin jahit ni diberi nama Union Special 43200G.
yg ni tengah obohol....
Conditionnya sangat bagus. Buat hemming memang cantik. Aku nak jual sebab aku ada 3 bijik mesin ni.
Wat pe nak simpan banyak-banyak.
Kalau berminat contact aku kat 012-2952676 atau datang je kat kedai aku di Kuala Lipis.
Harga bergantung best offer.
Ni aku attach video sekali
yg ni tengah obohol....
Subscribe to:
Posts (Atom)