Saturday, August 13, 2011

Adjust Kemeja Lelaki Saiz Nala, Menjadi Kemeja Gadis Lentik Santak Dinding

Kastemer aku ni ada masalah sikit dengan HR tempat kerja dia sebab selalu oder baju salah jantina katanya. Tapi aku rasa bukan HR dia salah oder, cuma saiz badan dia takde spec kat kilang buat baju. Jadi HR oder baju saiz lelaki khas untuk dia wanita perkasa. Dia datang ke kedai aku mengah-mengah sambil menyalahkan aku sewa kedai kat tingkat dua. Pastu dia salahkan tangga nak naik banyak sangat. Jadi, aku perlu waspada dengan kastemer model yang macam ni. Sambil tarik nafas dalam-dalam dan mata pejam-pejam, dia pun luahkanlah rasa berbulu dia sebab dapat baju besar paten lelaki.



Sebagai tukang jahit berprofil tinggi aku mengia dan menyokong kata-katanya. Hati kastemer mesti dijaga. Nampaknya sokongan aku tadi membuat dia lebih bersemangat dan mula mencarut yang bukan-bukan. Perkataan2 luar dugaan mula menerjah ruang lingkup kedai aku. Mula2 aku nak juga mencarut macam dia, tapi nasib baik aku dah baca Bismillah.

Aku katakan padanya,"kak, masalah akak ni.... masalah saya juga. Saya rela berkongsi agar akak bahagia kemudian hari. Saya akan jahit baju akak ini dengan menambah tulang tambahan agar bisa menyokong setiap lontaran vokal yang bakal akak gunakan untuk memaki nanti. Tidak lupa juga saya akan jadikan baju ini sebagai pemangkin jodoh akak yang sudah lama menyepi."
Lalu dia pun menjawab,"ehhh.... mana tau ni.....




Sambil aku mengerjakan bajunya, dia dengan rancak menceritakan detik2 indah ketika bercinta doploh tahun dulu. Pakwenya seorang kelasi bernama abang Din. Pakwenya pergi berlayar tak balik2 sehingga hari ini. Penantian itulah yang menyebabkan dia masih single di usia menapous. Namun yang anehnya, muka jiran sebelah rumahnya saling tak tumpah dengan pakwenya doploh tahun dulu. Bila dia tanya nama jirannya yang sudah ber anak lapan itu,"awak ni abang Din ye? Jirannya menjawab,"eh, taklah.... nama saya Ritaudin. Kadang2 kawan panggil Rita jeee..
Lalu akak tu pun pasrah sebab tak pernah tanya nama penuh pakwenya dulu.

Dalam nada yang mula sebak, aku bagitahu pada akak tu bahawa bajunya dah siap. Akak tu tersenyum, namun wajahnya tiba2 bertukar cemas. Aku tanya kenapa. Dia jawab,"akak takut nanti dengan baju ni, abang Din nak repeat balik!!


5 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. nak potong then chain-stitch jeans abang buat berapa ringgit ye?

    ReplyDelete
  3. saya dah email cajnye pada bro beberapa ketika tadi.

    ReplyDelete
  4. nak kecikkan evisu 20th anniversary jeans dari size 36 ke size 35,pendekkan cawat,peha dan kaki skit ...pastu nak kecikkan kemeja lee dari size xL ke size L (nak jahit style chambray) jahit 3 lapis chainstitch...pastu nak mntk tolong bro buatkan wallet jeans pala kain(lebihan kain LVC)..pattern ikut kreatif tukang jahit la...yg penting bahagian dlm wallet tu nak guna kain baju askar/army...inspirasi LVC model WW2/1944...haa agak mencabar kot...upah blakang citer...tu sbb den mntk no tepon ni...

    ReplyDelete