Saturday, August 6, 2011

Membesarkan Cawat Yang Tersepit Apabila Melangkah Pulang Dengan Mary

Ni ada sorang customer aku yang acapkali menghadapi masalah cawat seluar yang tidak selesa bak kata pepatah lama, "laksana burung terbang tak jadi" cuba meluahkan masalahnya pada aku yang pada waktu itu baru saja selesai buat lompat bintang. Dengan buat-buat pilu aku mendengar luahan hati beliau yang kelihatan penuh emosi hingga matanya berkaca, namun masih mampu mengenggam harapan.

Jeans Levis 501 saiz 42 itu dihulurkan padaku sambil aku menutup mulut untuk menghalang dari gelora gelakku berderai. Aku tak nak dia terluka, bak kata pepatah "biarlah aku menjadi lilin".

Aku pun menenangkannya seraya berkata'"Bro, akulah tempat kau berkongsi masalah ini. Aku memahami lara yang melanda jiwamu bro. Semoga pembesaran ini mampu membuatkan engkau mendapat zuriat setelah sekian lama kau menghalang produksi." Lalu dia tersenyum sipu menandakan aku telah berjaya membuatkan hatinya berbunga kembali.
Kebetulan pada waktu itu ada sorang awek lalu didepan kedaiku, lalu bro itu menyapa penuh yakin. Yang buat aku teruja, awek itu membalasnya dengan memberi respon penuh harapan. Masing-masing bertentang mata beberapa ketika. Mereka seakan-akan telah menemui chemistry yang didambakan selama ini. Aku agak hairan, kenapa ia berlaku begitu pantas. Setelah ku renung awek tu atas bawah, baru ku faham bahawa mereka berkongsi saiz pinggang yang sama.

Aku pun mendapatkan jeans lain yang memiliki kaler senyaris-nyaris mungkin dengan 501 bro tadi. Lalu ku gunting mengikut acuan yang sesuai dengan saiz bro itu. Sambil aku mengerjakan seluarnya, bro itu rancak berbual dengan awek tadi. Topik mereka tentang produk JM5 yang sedang hangat di dada-dada akhbar. Nampaknya mereka berdua peminat setia 2 Alam.

Setelah berhempas-pulas mengerjakan seluar itu sambil mendengar perbualan mereka yang agak meremang bulu roma, akhirnya siap jua. Aku menarik nafas lega

Dan inilah hasilnya.

Aku pun menegur bro itu untuk memberitahu bahawa seluarnya dah siap. Namun....

Dia tak menjawab malah tak berpaling pun kepadaku. Membuatku sedikit terkesima. Malah bro itu terus rancak berbual dengan awek itu sambil berkata, "err.... nanti you nak anak berapa orang?"


2 comments:

  1. Punya la aku gigih google cara nk besarkan sluar jeans.. Skali bace entry ni, menggigil aku gelak! Haha!!!
    Bang..nak tanye..pinggang jeans blh besarkan tak?

    ReplyDelete