Sunday, May 29, 2011

Hadiah Untuk Yang Membenci

Aku bukanlah ustaz nak citer bab2 agama, dan aku juga mengakui bahawa ilmu agama yg aku ada amat cetek dan memerlukan bimbingan yang betul. Cuma di sini aku nak ceritakan kisah pembantu aku yang telah memanfaatkan surah Al-Fatihah yang aku pinta dia amalkan tatkala hati dirundung duka.

Aku ada seorang pembantu bernama Ayu(bukan nama sebenar) tajaan GiatMara sebagai perantis untuk belajar bab2 jahitan dan selok belok perniagaan yang sedang aku usahakan. Dia mendapat elaun setiap bulan diberi oleh pihak Mara untuk belajar dengan aku selama 6 bulan. Aku juga memohon keizinan Ayu untuk menulis kisahnya ini.



Ayu baru berusia 17 tahun dan tidak menamatkan sekolah sejak berusia 14 tahun. Dia remaja yg agak bermasalah tetapi belum tersasar jauh dan masih boleh dibentuk. Mengenali dia pada kali pertama aku dapat mengagak cabaran yg bakal aku terima. Dia agak kasar dalam berbahasa, dan tindak-tanduknya juga agak memberontak. Biasa la remaja. Tapi aku katakan padanya, bahawa dia akan keluar dari sini menjadi seseorang yg berbeza. Aku janji.

Menjahit bukanlah bidang yg dia minati, malah dia masih tercari-cari apa benda yg dia nak ceburi. Aku katakan padanya,"dia telah lakukan kesilapan untuk berhenti sekolah dulu, tapi itu bukan bermakna ayu telah gagal. Cuma Ayu jangan lakukan kesilapan untuk kali kedua. Di kedai sekecil ini akan memberi Ayu ilmu yg cukup besar untuk bekalan seluruh hidup Ayu di luar sana nanti. Jadi, bukakanlah pintu hati Ayu untuk menerima apa saja yg bakal aku beri.

Di awal penyertaan dia di kedai aku, dia sering bercerita tentang orang2 yang sering menghantui, membenci dan tidak berpuas hati dengannya. Malah sesiapa jua yg lalu di kedai aku dengan muka yg ketat dianggap sedang memusuhi dia. Namun aku tak pernah pulak beranggapan begitu. Aku katakan padanya perkara itu berlaku kerana perasaan negatif telah bersarang dijiwanya. Cubalah buang perasaan itu sekejap, dan sedekahkanlah senyuman pada mereka. Seandainya dia tak bahagia, kutiplah ia semula.Yg bagusnya Ayu ni, dia terus mencuba. Dan dia mendapat respon yg positif.

Yg jadi kelakarnya, sejak itu dia rajin menegur orang2 sekelilingnya tak kira tua atau muda. Sehinggakan ramai akak2 dan pakcik2 yang mengakui Ayu sebagai anak mereka. Alhamdulillah setiap pagi dia datang dengan wajah yang amat ceria. Dan dia suka akan perubahan itu. Dia tidak mahu mengutip kembali rasa negatif yg selama ini bersarang dijiwanya. Namun Ayu masih ada konflik di rumah. Ayahnya sudah berkahwin dua. Emaknya memang tak setuju. Di antara ayah dan mak, Ayu lebih rapat dgn ayahnya. Tapi krisis itu membuat Ayu jadi serba-salah. Ayu juga ada seorang kakak yg tak sebulu dgnnya.
Ada saja yg tak kena pada Ayu di mata kakaknya itu.

Tup..tup mak Ayu dimasukkan ke Hospital Temerloh kerana breast cancer. Di hospital kakaknya itu mendesak emaknya memohon cerai dgn ayah ayu. Begitu juga dgn adik beradik yg lain. Aku katakan pada Ayu, janganlah pisahkan mereka. Menjadi seorang anak yg baik, adalah dgn berusaha mengekalkan perhubungan yg baik sesama keluarga. Pujuklah emak untuk terus hidup bersama kerana pasti ada jalan utk memulihkan semula keadaan. Namun pujukan Ayu diperlekehkan emak dan adik-beradik lain. Tapi ayah Ayu tetap mahu terus bersama. Jadi cuma Ayu sahaja yg menyokong ayahnya mengekalkan perhubungan itu.

Sedari kecil Ayu memang kurang sefahaman dgn emaknya. Sebab itu bila ayahnya tiada di rumah, Ayu lebih selesa berkurung dlm bilik. Seakan ada jurang diantara mereka. Sebab itu semasa di hospital, emaknya tak mahu Ayu menjaganya. Dia lebih selesa kakak2 ayu yg menjaganya. Namun ketika itu, kakak2nya ada agenda lain untuk diuruskan. Aku tetap menyuruh Ayu utk terus menjaga walaupun aku perlukan bantuan dia di kedai. Tapi Ayu sedih kerna memandang wajahnya pun emaknya tak mahu, inikan pula nak disuapkan makanan. Lalu aku katakan padanya begini," Ayu... seandainya ada orang membenci kita walaupun ibu kita sendiri, janganlah sekali-kali kita membalas perasaan benci itu kepadanya. Memang hati kita akan terluka namun ianya akan terubat dan kembali bercahaya apabila kita sedekahkan bacaan Al-Fatihah sebanyak-banyaknya utk sesiapa jua yg membenci kita. Berikanlah dengan seikhlas-ikhlasnya, InsyaAllah Ayu akan mendapat manfaatnya".

Yg aku respek Ayu ni, tanpa lengah dia terus buat apa yang aku suruh. Rupanya dgn izin Allah, keesokan hari ibunya tak semena-mena bersalam dan memeluk Ayu lantas mencium dahi ayu dgn satu perasaan yg tidak pernah Ayu rasa. Malah emak Ayu terus menyarungkan cincin pusaka ke jari manis Ayu untuk dijaga selamanya. Apabila dia datang ke kedai aku beberapa hari kemudian, dia terus menceritakan rasa gembiranya itu. Namun pada masa yg sama, dia menghadapi satu lagi masalah iaitu kawan baiknya yg bekerja di kedai top-up, tiba2 menghamburkan kata2 nista setiap hari melalui sms. Ayu tak tau apa sebab dan motifnya. Lalu aku ajar dia menghadapi situasi ini dgn pergi berjumpa sendiri berjumpa kawannya itu konon2 nak beli top-up. Yg peliknya, di depan Ayu takde pulak dia marah2. Cuma tunduk macam orang buat salah.



Tapi malam tu Ayu dpt sms maki hamun lagi dari dia. Dia tak membalasnya seperti biasa macam yg aku suruh. Esoknya aku suruh dia sedekahkan bacaan Al-Fatihah banyak2 untuk kawannya pulak. Rupanya dgn izin Allah, keesokan harinya sekali lagi Ayu mendapat berita gembira. Kawannya itu tiba2 memohon maaf atas caci maki yg telah diberi. Rupanya dia cemburu melihat Ayu yg sentiasa kelihatan gembira, tidak seperti yg dia pernah kenali Ayu dulu. Alhamdulillah.

Monday, May 9, 2011

Emam Jeans Alteration: Touch Up Your Jeans Become ROARRRRGGH...

Emam Jeans Alteration: Touch Up Your Jeans Become ROARRRRGGH...

Touch Up Your Jeans Become ROARRRRGGH...

Aku ni masa sekolah dulu memang minat melukis. Ada gak la cari duit poket dengan melukis kad-kad ucapan. Sampai tercouple la kejap dengan regular customer aku. Alaaa... dia pun konon-konon je oder kad kat aku. Niat sebenarnya aku tahu. Tapi takpe sebab dia pun ranking tertinggi kat sekolah, jadi takde hal la kapel.

Selain menjahit aku juga ada membuat proses touch-up pada jeans dengan dye supaya jeans yang lemah nampak lebih garang. Kiranya kalau pakai jeans yang dah touch-up ni, kalau korang rasa tak bermaya nescaya akan berubah menjadi individu yang lebih berkeyakinan. Bukan tu saja, kalau selama ni awek korang selalu memerintah je itu ini, lepas pakai jeans ni.... jadi sebaliknya pulak. Tapi yang ironiknya dia tak marah pulak.... hehehehehe. Begitu juga kalau awek lak yang pakai jeans touch-up ni. Korang suruh je balak korang buat ape, gerenti I folo je... Bukan setakat Blackberry, black dog bone pun dia belikan.

Ni salah satu jeans yang aku touch-up.
sebelum: depan

sebelum: belakang

touch-up sebelah kiri

touch-up pelipat kiri

perbezaaan kain depan yang dah touch-up dengan kain belakang yang belum buat

dah siap... garang tak??

selepas: belakang

Kalau rajin korang cuba la buat, syok tau. Yang penting korang kena pandai bancuh dye mengikut kesesuaian kaler seluar korang.

Sunday, May 8, 2011

Tukar Poket Calvin Klein

Ada sorang customer aku ni first time datang kedai aku. Dia nak aku jahit zig-zag poket belakang CK nya yang dah koyak rabak. Aku pun kata 'ok lah'. Biasanya siapa hantar jahit seluar kat kedai aku, memang aku tak dapat nak terus jahit sebab queue yang lain dah banyak.

Bila tiba masa nak zig-zag poket CK ni, aku termenung panjang. Bukan aku tak boleh zig-zag, tapi aku rasa lebih berbaloi kalau aku tukar poket tu dengan kain perca yang aku ada. Jadi tanpa pengetahuan owner, aku tak buat seperti yang diminta lalu aku jahit sepertimana CK jahit jeans dia. Tetapi aku rasa idea aku ni lebih membuatkan owner berpuas hati. Aku yakin....
sebelum

sebelum

selepas

poket baru dan yang asal

Tetapi, Alhamdulillah bila owner datang ambil seluar, dia sangat berpuas hati. Senyum yang dikuntum tu yang membuat aku terharu kejap.

Tukar kaler benang 501

Haa.... aku ada sorang customer owner Restoran Lepeh Corner. Hari-hari aku makan masak lemak kepala ikan baung kat restoran dia. Dah berbulan-bulan dah. Bila nak jemu pun aku tak tau. Tapi memang sifat aku bila dah suka sesuatu tu, memang aku lambat rasa jemu. Aku rekomen korang try makan kat kedai dia di Alamanda Kuala Lipis.

Bro ni ada taste orangnya. Kalau boleh apa yang dia ada, takde pada orang lain. Dia ni satu kelas dengan aku kat Sekolah Menengah Clifford dulu. Dia ni memang suka barang-barang handmade. Dia baru beli 1 Levis 501 kaler hitam. Kaler benang seluar tu dark brown. Jadi dia mesti nak nampak lain sikit dari 501 orang lain. Jadi dia memilih untuk hemming chainstitch kaler kuning dan tukar trademark poket belakang levis juga dengan benang kuning...yeah

sebelum

selepas

plus hemming chainstitch

Last time owner sua ni anta nk wat zig-zag, jadi gua amik pic ni result selepas 8 bulan pakai
Kaler dah lusuh sebab bini dia basuh dengan mesin tiap-tiap minggu.

Monday, May 2, 2011

Lady Jeans Percuma Untuk Sesiapa Yang Berani Mencuba

Ok, aku ada sehelai seluar jeans nak diberi percuma untuk lady di luar sana yang berani.
Tawaran aku camni,  strectch jeans ni aku akan bagi percuma kepada sesiapa jua yang register di Blogs aku ni dan datang sendiri menuntut hadiah ini. Tak cukup dengan tu, kalau seluar ni panjang sangat atau longgar ke aku akan jahit secara percuma. Hemming siap jahit rantai lagi.

Syaratnya mudah je, aku nak sesiapa jua yang akan memiliki jeans ini memakainya sebelum dan selepas dijahit dan aku ambil gambar. Gambar ni nanti aku akan up-load kat blogs aku ni untuk korang semua tengok sendiri hasil jahitan aku. Lepas tu korang nak komen apa pun aku terima.


Seluar ni fabrik dia memang selesa dipakai walaupun dibuat potongan ketat sebab fabriknya stretchable. Potongan asal ultra low-rise boot-cut tapi kalau korang nak buat straight-cut atau skinny ke, bagitau je. Saya akan uruskan. Seluar ni sesuai untuk size ukur lilit pungung 36inci-39inci (biasanya pinggang size 26-31inci, kalau lebih pun apa salahnya)
Peha 20.5inci-23inci. Inseam 34inci.

Sesiapa yang ingin mencuba, datanglah ke kedai saya di:
B101 Bazar Mara Jalan Stesyen,
Tingkat 2,
27200 Kuala Lipis,
Pahang Darul Makmur.
(berhadapan stesyen keretapi kuala lipis)
atau hubungi
012-2952676 emam