Selain menjahit aku juga ada membuat proses touch-up pada jeans dengan dye supaya jeans yang lemah nampak lebih garang. Kiranya kalau pakai jeans yang dah touch-up ni, kalau korang rasa tak bermaya nescaya akan berubah menjadi individu yang lebih berkeyakinan. Bukan tu saja, kalau selama ni awek korang selalu memerintah je itu ini, lepas pakai jeans ni.... jadi sebaliknya pulak. Tapi yang ironiknya dia tak marah pulak.... hehehehehe. Begitu juga kalau awek lak yang pakai jeans touch-up ni. Korang suruh je balak korang buat ape, gerenti I folo je... Bukan setakat Blackberry, black dog bone pun dia belikan.
Ni salah satu jeans yang aku touch-up.
sebelum: depan
sebelum: belakang
touch-up sebelah kiri
touch-up pelipat kiri
perbezaaan kain depan yang dah touch-up dengan kain belakang yang belum buat
dah siap... garang tak??
selepas: belakang
Kalau rajin korang cuba la buat, syok tau. Yang penting korang kena pandai bancuh dye mengikut kesesuaian kaler seluar korang.
No comments:
Post a Comment