Sunday, May 29, 2011

Hadiah Untuk Yang Membenci

Aku bukanlah ustaz nak citer bab2 agama, dan aku juga mengakui bahawa ilmu agama yg aku ada amat cetek dan memerlukan bimbingan yang betul. Cuma di sini aku nak ceritakan kisah pembantu aku yang telah memanfaatkan surah Al-Fatihah yang aku pinta dia amalkan tatkala hati dirundung duka.

Aku ada seorang pembantu bernama Ayu(bukan nama sebenar) tajaan GiatMara sebagai perantis untuk belajar bab2 jahitan dan selok belok perniagaan yang sedang aku usahakan. Dia mendapat elaun setiap bulan diberi oleh pihak Mara untuk belajar dengan aku selama 6 bulan. Aku juga memohon keizinan Ayu untuk menulis kisahnya ini.



Ayu baru berusia 17 tahun dan tidak menamatkan sekolah sejak berusia 14 tahun. Dia remaja yg agak bermasalah tetapi belum tersasar jauh dan masih boleh dibentuk. Mengenali dia pada kali pertama aku dapat mengagak cabaran yg bakal aku terima. Dia agak kasar dalam berbahasa, dan tindak-tanduknya juga agak memberontak. Biasa la remaja. Tapi aku katakan padanya, bahawa dia akan keluar dari sini menjadi seseorang yg berbeza. Aku janji.

Menjahit bukanlah bidang yg dia minati, malah dia masih tercari-cari apa benda yg dia nak ceburi. Aku katakan padanya,"dia telah lakukan kesilapan untuk berhenti sekolah dulu, tapi itu bukan bermakna ayu telah gagal. Cuma Ayu jangan lakukan kesilapan untuk kali kedua. Di kedai sekecil ini akan memberi Ayu ilmu yg cukup besar untuk bekalan seluruh hidup Ayu di luar sana nanti. Jadi, bukakanlah pintu hati Ayu untuk menerima apa saja yg bakal aku beri.

Di awal penyertaan dia di kedai aku, dia sering bercerita tentang orang2 yang sering menghantui, membenci dan tidak berpuas hati dengannya. Malah sesiapa jua yg lalu di kedai aku dengan muka yg ketat dianggap sedang memusuhi dia. Namun aku tak pernah pulak beranggapan begitu. Aku katakan padanya perkara itu berlaku kerana perasaan negatif telah bersarang dijiwanya. Cubalah buang perasaan itu sekejap, dan sedekahkanlah senyuman pada mereka. Seandainya dia tak bahagia, kutiplah ia semula.Yg bagusnya Ayu ni, dia terus mencuba. Dan dia mendapat respon yg positif.

Yg jadi kelakarnya, sejak itu dia rajin menegur orang2 sekelilingnya tak kira tua atau muda. Sehinggakan ramai akak2 dan pakcik2 yang mengakui Ayu sebagai anak mereka. Alhamdulillah setiap pagi dia datang dengan wajah yang amat ceria. Dan dia suka akan perubahan itu. Dia tidak mahu mengutip kembali rasa negatif yg selama ini bersarang dijiwanya. Namun Ayu masih ada konflik di rumah. Ayahnya sudah berkahwin dua. Emaknya memang tak setuju. Di antara ayah dan mak, Ayu lebih rapat dgn ayahnya. Tapi krisis itu membuat Ayu jadi serba-salah. Ayu juga ada seorang kakak yg tak sebulu dgnnya.
Ada saja yg tak kena pada Ayu di mata kakaknya itu.

Tup..tup mak Ayu dimasukkan ke Hospital Temerloh kerana breast cancer. Di hospital kakaknya itu mendesak emaknya memohon cerai dgn ayah ayu. Begitu juga dgn adik beradik yg lain. Aku katakan pada Ayu, janganlah pisahkan mereka. Menjadi seorang anak yg baik, adalah dgn berusaha mengekalkan perhubungan yg baik sesama keluarga. Pujuklah emak untuk terus hidup bersama kerana pasti ada jalan utk memulihkan semula keadaan. Namun pujukan Ayu diperlekehkan emak dan adik-beradik lain. Tapi ayah Ayu tetap mahu terus bersama. Jadi cuma Ayu sahaja yg menyokong ayahnya mengekalkan perhubungan itu.

Sedari kecil Ayu memang kurang sefahaman dgn emaknya. Sebab itu bila ayahnya tiada di rumah, Ayu lebih selesa berkurung dlm bilik. Seakan ada jurang diantara mereka. Sebab itu semasa di hospital, emaknya tak mahu Ayu menjaganya. Dia lebih selesa kakak2 ayu yg menjaganya. Namun ketika itu, kakak2nya ada agenda lain untuk diuruskan. Aku tetap menyuruh Ayu utk terus menjaga walaupun aku perlukan bantuan dia di kedai. Tapi Ayu sedih kerna memandang wajahnya pun emaknya tak mahu, inikan pula nak disuapkan makanan. Lalu aku katakan padanya begini," Ayu... seandainya ada orang membenci kita walaupun ibu kita sendiri, janganlah sekali-kali kita membalas perasaan benci itu kepadanya. Memang hati kita akan terluka namun ianya akan terubat dan kembali bercahaya apabila kita sedekahkan bacaan Al-Fatihah sebanyak-banyaknya utk sesiapa jua yg membenci kita. Berikanlah dengan seikhlas-ikhlasnya, InsyaAllah Ayu akan mendapat manfaatnya".

Yg aku respek Ayu ni, tanpa lengah dia terus buat apa yang aku suruh. Rupanya dgn izin Allah, keesokan hari ibunya tak semena-mena bersalam dan memeluk Ayu lantas mencium dahi ayu dgn satu perasaan yg tidak pernah Ayu rasa. Malah emak Ayu terus menyarungkan cincin pusaka ke jari manis Ayu untuk dijaga selamanya. Apabila dia datang ke kedai aku beberapa hari kemudian, dia terus menceritakan rasa gembiranya itu. Namun pada masa yg sama, dia menghadapi satu lagi masalah iaitu kawan baiknya yg bekerja di kedai top-up, tiba2 menghamburkan kata2 nista setiap hari melalui sms. Ayu tak tau apa sebab dan motifnya. Lalu aku ajar dia menghadapi situasi ini dgn pergi berjumpa sendiri berjumpa kawannya itu konon2 nak beli top-up. Yg peliknya, di depan Ayu takde pulak dia marah2. Cuma tunduk macam orang buat salah.



Tapi malam tu Ayu dpt sms maki hamun lagi dari dia. Dia tak membalasnya seperti biasa macam yg aku suruh. Esoknya aku suruh dia sedekahkan bacaan Al-Fatihah banyak2 untuk kawannya pulak. Rupanya dgn izin Allah, keesokan harinya sekali lagi Ayu mendapat berita gembira. Kawannya itu tiba2 memohon maaf atas caci maki yg telah diberi. Rupanya dia cemburu melihat Ayu yg sentiasa kelihatan gembira, tidak seperti yg dia pernah kenali Ayu dulu. Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment